Prasarana Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)

Rangkaian laluan kereta api

Berikut adalah jadual laluan–laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat yang sedang beroperasi:

Nama laluanDibuka padaLanjutan seterusnyaTerminalStesenPanjang (km)DepotPengendaliPusat kawalan
Utara Selatan7 November 19872019Jurong EastMarina South Pier26[21]45Depot Bishan
Depot Ulu Pandan
Depot Changi
Depot Tuas
SMRT TrainsDepot Kim Chuan
Timur Barat12 Disember 1987N/APasir Ris
Lapangan Terbang Changi
Joo Koon/Tuas Link
Tanah Merah
35[22]57.2[22]
Circle (Lingkaran)28 Mei 20092025Dhoby Ghaut
Marina Bay
HarbourFront
Stadium (ditutup pada waktu puncak sahaja)
30[23]35.5[23]Depot Kim Chuan
† tidak termasuk Bukit Brown, yang masih belum beroperasi.
Subjumlah (Laluan–laluan dibawah SMRT Trains):91136.7[23]
Timur Laut20 Jun 20032023HarbourFrontPunggol16[24]20[24]Depot SengkangSBS TransitDepot Sengkang
Downtown (Pusat Bandar)22 Disember 20132024Bukit PanjangExpo34[18]41.9[18]Depot Kim Chuan
Bangunan Kemudahan Tai Seng
Depot Gali Batu
Depot Gali Batu
Subjumlah (Laluan–laluan dibawah SBS Transit):5061.9
Jumlah keseluruhan:119[nota 1]199.6

Peta berskema laluan

Peta berskema rangkaian Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) dan Sistem Rel Ringan (LRT) di Singapura.

Kemudahan dan perkhidmatan

Kecuali untuk stesen Bishan, keseluruhan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) adalah berada di bawah tanah atau di atas jejambat (bertingkat). Kebanyakkan stesen bawah tanah adalah cukup dalam dan tahan untuk menghadapi serangan bom udara konvensional dan berperanan sebagai tempat perlindungan bom.[25][26][27] Perkhidmatan telefon bimbit dan 3G tersedia di seluruh jaringan MRT.[28] Stesen–stesen bawah tanah dan kereta api dilengkapi dengan penyaman udara manakala untuk stesen atas tanah pula dipasang dengan kipas siling.

Setiap stesen dilengkapi dengan mesin tiket, pusat perkhidmatan penumpang serta paparan LED dan plasma yang menunjukkan maklumat dan pengumuman perkhidmatan kereta api. Di stesen–stesen turut terdapat tandas dan telefon berbayar, sesetengah tandas terletak di aras jalanan.[29] Beberapa stesen besar mempunyai kemudahan dan khidmat tambahan seperti kedai runcit dan gerai, pasar raya, kedai serbaneka, mesin juruwang automatik (ATM) dan kios automasi layan diri.[30] Tangga gerak di stesen–stesen membawa penumpang pada kadar 0.75 m/s, 50% lebih pantas berbanding eskalator biasa.[31][32]

Stesen–stesen lama di Laluan Utara Selatan dan Timur Barat pada asalnya dibina tanpa kemudahan ketercapaian seperti lif, tanjakan, sistem panduan sentuh (sentuhan Braille pada permukaan lantai), pintu tambang lebar atau tandas untuk pengguna kurang upaya;[33] pihak berkuasa pada masa lalu tidak menggalakkan orang kelainan upaya untuk menggunakan sistem MRT.[34] Kini, kemudahan–kemudahan tersebut dipasang bertahap–tahap sebagai sebahagian daripada program untuk menjadikan kesemua stesen boleh dicapai kepada warga tua dan mereka yang kurang upaya.[33][35][36] Kesemua stesen kini bebas hadangan, walaupun kerja–kerja masih berjalan untuk menyediakan kemudahan bebas hadangan tambahan di stesen–stesen. Pemasangan lif di jejantas bersebelahan enam stesen MRT dan rak–rak basikal tambahan di 20 stesen disiapkan pada penghujung 2013.[37]

Waktu operasi

Laluan–laluan MRT beroperasi dari jam 5:30 pagi sehingga tengah malam (antara 00:00 hingga 01:00) setiap hari, kecuali pada waktu–waktu terpilih seperti sambutan cuti umum, malam sebelum cuti umum dan peristiwa khas seperti pengebumian negara Encik Lee Kuan Yew (2015), apabila kebanyakan laluan dibuka sepanjang malam atau dilanjutkan lebih lewat.[37] MRT berfungsi sebagai satu tujuan pengangkutan yang penting disebabkan sokongan daripada pelbagai pertubuhan dan masyarakat bebas kereta.[38] Akan tetapi, waktu operasi boleh berubah ketika stesen-stesen mengalamai proces naik taraf. Oleh disebab itu, stensen-stesen boleh dibuka lewat dan tutup lebih awal.

Depot

SMRT Corporation mempunyai empat depot kereta api di mana Depot Bishan merupakan depot penyenggaraan pusat dengan kemudahan pembaikan kereta api,[39] manakala Depot Changi dan Ulu Pandan sebagai depot pemeriksaan dan letak kereta api.[40] Depot bawah tanah Kim Chuan menempatkan kereta api untuk Laluan Circle dan Laluan Downtown; kini diuruskan secara bersama dengan SBS Transit.[41] Pada Mac 2012, telah diumumkan bahawa Depot Tuas yang baru akan disiapkan pada 2016 untuk Laluan Timur Barat.[42]

Depot Sengkang, depot untuk kereta api bagi Laluan Timur Laut.

SBS Transit pula memiliki dua depot di mana Depot Sengkang sebagai depot letak kereta api untuk Laluan–laluan MRT Timur Laut, LRT Sengkang dan LRT Punggol. Ia merupakan depot pertama yang mempunyai struktur sokongan untuk perusahaan di atas depot bagi menghindari penggunaan tanah yang sangat terbatas di Singapura.[41] Depot Kim Chuan pula menempatkan kereta api bagi Laluan Downtown dan depot itu diuruskan secara bersama dengan SMRT. Operasi utama akan dipindahkan ke depot utama Gali Batu pada penghujung 2015 walaupun ia akan terus beroperasi pada kapasiti kecil.

Pada Ogos 2014, rancangan untuk Depot Bersepadu Pantai Timur, depot kereta api dan bas empat dalam satu pertama di dunia telah diumumkan. Ia akan dibina di Tanah Merah, bersebelahan tapak Depot Changi yang asal bagi berkhidmat untuk Laluan–laluan MRT Timur Barat, Downtown dan Thomson–Pantai Timur.[43] Depot baru seluas 36 hektar (89 ekar) ini mampu menempatkan kira-kira 220 kereta api dan 550 buah bas; dengan mengintegrasikan depot untuk kedua-dua khidmat pengangkutan awam itu akan membantu menjimatkan ruang tanah sehingga 66.12 ekar (26.76 he).[44]

Depot Barat untuk Laluan Rentas Pulau akan dibangunkan di bekas tapak Raffles Country Club.[45]

Seni bina dan kesenian

Stesen MRT Expo yang terletak bersebelahan dengan Singapore Expo mempunyai reka bentuk futuristik.
Stesen MRT Stadium yang mempunyai motif sukan pada reka bentuknya terletak berhampiran dengan Stadium Nasional Singapura.

Peringkat awal pembinaan MRT lebih menumpukan kepada fungsi berbanding estetika seperti yang terdapat pada reka bentuk stesen MRT. Ini dapat dilihat melalui stesen–stesen terawal bagi Laluan Utara Selatan dan Timur Barat yang dibuka pada 1987 dan 1988 masing-masing dari Yio Chu Kang ke Clementi. Pengecualian untuk ini adalah stesen Orchard, yang dipilih pereka untuk menjadi "kemegahan" bagi sistem MRT dan pada awalnya dibangunkan dengan atap berkubah.[46]

Tema–tema seni bina menjadi isu yang lebih penting pada peringkat berikutnya dan reka bentuk stesen seperti silinder dihasilkan untuk kesemua stesen di antara Kallang dan Pasir Ris kecuali Eunos, dan barat Boon Lay serta reka bentuk atap bertenggek di stesen–stesen Boon Lay, Lakeside, Chinese Garden, Bukit Batok, Bukit Gombak, Choa Chu Kang, Khatib, Yishun dan Eunos.[47]

Hasil–hasil seni, jika ada jarang diserlahkan; ia terdiri daripada beberapa lukisan dan ukiran yang menggambarkan sejarah Singapura. Pembukaan Lanjutan Woodlands memperkenalkan karya seni yang lebih berani seperti ukiran seberat 4,000 kilogram (8,800 lb) di Woodlands.[48] Dengan pembukaan Laluan Timur Laut, lebih banyak karya seni dihasilkan dibawah program "Seni dalam Transit", ditauliahkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Dihasilkan oleh 19 pelukis tempatan dan disepadukan ke dalam seni bina dalaman stesen, program tersebut bertujuan untuk mempromosikan penghayatan seni awam dalam persekitaran lalu lintas yang tinggi. Setiap karya seni yang dihasilkan bersesuaian dengan identiti stesen. Kesemua stesen Laluan Timur Laut dan Downtown berada dibawah program ini.[49] Satu pertandingan seni diadakan oleh pihak berkuasa sebagai persediaan untuk skim yang serupa bagi diguna pakai untuk Laluan Circle.[50]

Stesen Expo yang terletak di Laluan Cabang Lapangan Terbang Changi di Laluan Timur Barat, bersebelahan kemudahan pameran Singapore Expo. Direka oleh Foster and Partners dan disiapkan pada Januari 2001, stesen ini menampilkan atap bersalut titanium besar tanpa tiang dalam bentuk elips yang membentang di sepanjang platform stesen. Ini melengkapi cakera keluli tahan karat boleh memantul sepanjang 40 meter yang ditindihkan pada elips titanium dan secara visual, ia kelihatan seperti terapung di atas aci lif kaca dan pintu masuk utama. Stesen lain yang mempunyai reka bentuk serupa dengannya adalah stesen Dover.[51][52]

Lapangan Terbang Changi, stesen paling timur dalam rangkaian MRT mempunyai platform yang paling luas dalam mana–mana stesen MRT bawah tanah di Singapura. Stesen ini diberi penarafan 10 daripada 15 hentian kereta api bawah tanah paling cantik di dunia pada 2011.[53]

Dua stesen Laluan Circle iaitu Bras Basah dan Stadium ditauliahkan melalui Pertandingan Reka Bentuk Seni Bina Laluan Marina, yang dianjurkan secara bersama oleh LTA dan Institut Arkitek Singapura. Pertandingan itu tidak memerlukan sebarang pengalaman seni bina daripada para peserta dan ia diakui oleh pihak industri sebagai salah satu pertandingan paling saksama yang pernah diadakan di Singapura. Pemenang reka bentuk untuk kedua-dua stesen ialah WOHA. Pada 2009, "Bangunan Pengangkutan Terbaik" dianugerahkan kepada para pereka di WOHA Architects di Pesta Seni Bina Sedunia.[54]

Rujukan

WikiPedia: Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) http://www.alstom.com/press-centre/2012/2/alstom-t... http://itunes.apple.com/sg/app/mytransport-singapo... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/The+New+Paper/Story/A... http://www.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapore... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembinaa... http://www.bootsnall.com/articles/11-11/15-of-the-... http://www.channelnewsasia.com/cna/obituaries/ongt... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/down... http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/govt...